in

Tak Susah Pun, Ni Cara Guna Toner Yang Betul

pixabay/Ray Piedra

Pada masa kini, bukan sahaja kesihatan badan yang sentiasa difikirkan, malah kesihatan wajah juga difikirkan. Malah, ramai wanita mula mementingkan kesihatan wajah. Wajah yang sihat akan kelihatan lebih segar dan jerawat tidak mudah timbul.

Rawatan muka boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti pergi ke salon. Namun, anda boleh melakukan penjagaan muka menggunakan toner. Anda boleh memilih toner yang sesuai dengan jenis kulit muka anda supaya kulit wajah anda kekal dalam keadaan baik.

Selain daripada memilih toner muka yang betul, anda perlu tahu cara menggunakan toner yang bagus. Anda perlu tahu ini supaya anda boleh menggunakan toner secara optimum. Jadi, macam mana nak guna toner yang bagus?

Cara Menggunakan Toner

Dipetik dari hijabita.com, penggunaan toner pada kulit kering dan berminyak adalah berbeza. Berikut adalah penjelasan cara menggunakan toner.

1. Kulit Kering dan Sensitif

Pertama, jika anda mempunyai kulit kering dan sensitif, maka apabila menggunakan toner anda perlu menggunakan tangan anda. Ini perlu dilakukan supaya cecair toner dapat diserap dengan mudah oleh kulit. Walau bagaimanapun, sebelum menggunakan toner dengan tangan, anda perlu mencuci tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan kuman.

2. Kulit Berminyak

Manakala bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda perlu menggunakan toner dengan kapas. Anda boleh memilih jenis kapas yang baik khusus untuk toner, supaya cecair toner dapat menyerap secara optimum. Dengan bantuan kapas, anda boleh mengurangkan minyak di muka anda.

3. Campurkan Dengan Produk Muka Yang Lain

Ketiga, untuk memaksimumkan penjagaan kulit wajah, anda boleh menggunakan toner dengan mencampurkan produk lain. Contohnya, menggunakan serum muka dan foundation. Lakukan ini dengan kerap untuk meningkatkan kesihatan kulit.

4. Dengan Cara Ditampal

Cara keempat anda boleh menggunakan toner adalah dengan “ditampal”. Kaedah ini boleh dilakukan dengan menggunakan kapas, kemudian anda hanya melekatkan kapas secara perlahan-lahan supaya pori-pori tidak mudah terbuka.

Penggunaan toner secara kerap sangat bagus untuk menjaga kesihatan wajah. Selain daripada itu, toner juga berguna untuk menanggalkan kotoran pada wajah. Jadi, mulai sekarang jangan lupa pakai toner sebelum dan selepas keluar rumah.

Penggunaan toner bukan sahaja dilakukan oleh wanita, malah lelaki boleh menggunakan toner. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya lelaki menggunakan toner khusus untuk lelaki bagi mengekalkan kulit wajah yang sihat.