Pokok kaktus merupakan sejenis pokok yang mempunyai duri yang tajam. Selain itu, pokok ini boleh membesar secara optimum walaupun jarang menyiramnya. Walaupun mempunyai duri yang tajam, pokok ini boleh menjadikan bilik lebih cantik.
Terdapat banyak jenis pokok kaktus di dunia ini. Walau bagaimanapun, hanya beberapa jenis kaktus yang sering ditanam di rumah. Adakah anda ingin menanam pokok kaktus di rumah? Jika ya, maka anda boleh lihat perbincangan mengenai jenis pokok kaktus yang cantik dan comel di sini.
Jenis Pokok Kaktus

Dipetik daripada propertyguru.com.my, berikut merupakan jenis pokok kaktus yang boleh ditanam di rumah dan boleh dijadikan hobi.
1. Kaktus Tong Emas
Kaktus tong emas adalah sejenis kaktus yang mempunyai bentuk bulat. Duri pokok kaktus ini agak tajam, jadi anda perlu berhati-hati. Di sebalik itu, pokok kaktus jenis ini tidak memerlukan air terlalu banyak, hanya 2 bulan sekali.
Walaupun ia tidak perlu disiram dengan kerap, anda harus meletakkannya di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini perlu dilakukan supaya kaktus dapat membesar secara optimum.
2. Feather Cactus
Feather Cactus merupakan sejenis kaktus yang agak unik kerana ia kelihatan seperti sangkar burung. Sekali pandang pokok kaktus ni lembut, tapi sebenarnya pokok ni mempunyai duri yang tajam, jadi kena berhati-hati.
3. Blue Columnar Cactus
Blue Columnar Cactus ialah pokok kaktus yang sering ditanam di rumah. Malah, pokok kaktus ini boleh mencapai ketinggian 30 kaki. Oleh itu, pokok kaktus ini sesuai ditanam di halaman rumah agar kelihatan cantik.
4. Fairy Castle Cactus
Keempat, Fairy Castle Cactus merupakan sejenis kaktus yang cukup dikenali oleh masyarakat Malaysia. Pokok kaktus ini boleh membesar sehingga 6 meter, menjadikannya sesuai dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.
5. Chin Cactus
Chin Cactus merupakan pokok kaktus yang unik kerana mempunyai bunga yang cantik. Tumbuhan kaktus ini mempunyai bentuk bulat di bahagian bawah dan batang bunga dengan duri yang tajam. Supaya bunga tumbuh dengan cepat, anda perlu menyiramnya dengan kerap.
6. Bunny Ear Cactus
Bunny Ear Cactus ialah sejenis pokok kaktus yang berasal dari Mexico dan mempunyai duri kecil. Anda boleh menanam pokok kaktus ini di rumah untuk menjadikan bilik kelihatan lebih cantik.
Pokok kaktus sememangnya boleh menjadikan bilik kelihatan lebih cantik dan comel, tetapi anda masih perlu menjaganya. Dengan penjagaan yang baik, pokok kaktus dapat tumbuh secara optimum.
Walaupun pokok kaktus boleh ditanam di rumah, adalah lebih baik untuk menjauhkannya daripada kanak-kanak. Ini perlu dilakukan supaya anak-anak tidak terkena duri kaktus. Oleh itu, ibu bapa mesti meletakkan kaktus di tempat yang agak tinggi.